Tuesday, August 9, 2011

Elak Lah Benci Membenci

Adakah wajar para pemimpin Pas khas nya mereka yang bergelar ulamak sering meniup apa kebencian penyokong Pas terhadap Umno. Kami sedar anda penyokong Pas tak ada apa2 masalah dengan penyokong Umno. Kita orang Umno dan orang Pas boleh hidup bersama, boleh berjemaah bersama dan boleh bersama dalam semua urusan yang berlaku di tempat tinggal kita. Kerana kita adalah sama, saya yang Umno ini bangsa melayu, awak yang Pas juga bangsa melayu, saya yang Umno ini beragama islam, awak yang Pas pun beragama islam.

Malah diantara kita yang tidak ada pertalian keluarga, kita boleh bentuk pertalian keluarga melalui perkahwainan. Anak saya orang Umno mungkin akan menjadi menantu kepada awak orang Pas. Adik saya orang Umno mungkin menjadi adik ipar kepada awak orang Pas.

Melalui ikatan perkahwinan maka terbina lah ukhwah di antara orang Umno dengan orang Pas. Benteng politik yang cuba nak memisahkan kita antara orang Umno dengan orang Pas, teroboh dengan sendiri bila anak saya dah jadi menantu awak, kelak bila dapat cucu, cucuk saya jadi cucu awak juga.

Saya sebagai insan yang rindu teramat sangat untuk melihat orang melayu bersatu padu, terasa betapa sebahagian besar daripada kita rela diri di perbodohkan oleh mereka2 yang menjadi pemimpin kepada parti politik sokongan kita. Yang Umno lihat Pas sebagai musuh, yang Pas nampak Umno sebagai lawan. Kerana terpengaruh dan taksub kepada momokan pemimpin.

Tapi yang menyedihkan bila kita Umno dan Pas dah tak boleh hendak bersama kita berpakat pula dengan " kawan " untuk memusnahkan " lawan ". Umno akan cari " kawan " untuk menyekat kemaraan Pas yang di anggap " lawan ". Pas juga akan mencari " kawan " untuk membantu nya menjatuh Umno yang mereka anggap " lawan " .

Saya minta kita semua berfikir sejenak, benarkan mereka yang kita anggap " kawan " itu  boleh dibuat kawan masa senang dan masa susah. Begitu juga dengan mereka yang kita anggap " lawan " itu adalah lawan kita yang sebenar.

Hari ini kita sehat walafiat. Tunggu lah bila kita jatuh sakit. Tunggu pula bila kita dah terbujur menjadi mayat. Masa itu baru kita kenal siapa kawan dan siapa lawan.

Saya bukan ahli Umno tapi saya menyokong perjuangan Umno. Dalam penulisan ini saya menggambarkan saya adalah ahli Umno untuk memudahkan anda faham. Orang tak berparti macam saya, hari ini boleh sokong Umno, esok atau lusa tak ada masalah saya nak sokong Pas pula, asalkan perjuangannya menepati apa yang saya mahu.


Tapi sebagai orang melayu, DAP tidak ada dalam senarai saya, begitu dengan PKR.





















Saturday, February 12, 2011

Tuhan Mahu Melayu Berfikir

Selapas PRU12 sudah banyak kali berlaku PRK. Kesemuanya di kawasan melayu bermula di Permatang Pauh sampai lah  kepada yang baru selesai iaitu Tenang. Cuma ada sekali sahaja di kawasan majoriti cina iaitu di Batu Sapi, Sabah.

Mungkin Tuhan rasa tak cukup lagi nak bagi melayu boleh berfikir. Lalu diberikan PRK di Merlimau. Tak cukup juga, dijadikan Kerdau juga berhadapan PRK. Semua dua kawasan itu adalah kawasan melayu. Siapa yang akan diangkat oleh Tuhan untuk menjadi jurucakap kepada rakyat Merlimau dan Kerdau, sama2 lah kita tunggu.

Sudah 3 PRK (Manek Urai, Galas dan Tenang). Tuhan telah menghantar isyarat kepada orang melayu akan siapa diantara Pas dengan Umno diamanahkan oleh Nya untuk menjaga kebajikan hamba2 Nya di 3 kawasan tersebut.