Tuesday, August 9, 2011

Elak Lah Benci Membenci

Adakah wajar para pemimpin Pas khas nya mereka yang bergelar ulamak sering meniup apa kebencian penyokong Pas terhadap Umno. Kami sedar anda penyokong Pas tak ada apa2 masalah dengan penyokong Umno. Kita orang Umno dan orang Pas boleh hidup bersama, boleh berjemaah bersama dan boleh bersama dalam semua urusan yang berlaku di tempat tinggal kita. Kerana kita adalah sama, saya yang Umno ini bangsa melayu, awak yang Pas juga bangsa melayu, saya yang Umno ini beragama islam, awak yang Pas pun beragama islam.

Malah diantara kita yang tidak ada pertalian keluarga, kita boleh bentuk pertalian keluarga melalui perkahwainan. Anak saya orang Umno mungkin akan menjadi menantu kepada awak orang Pas. Adik saya orang Umno mungkin menjadi adik ipar kepada awak orang Pas.

Melalui ikatan perkahwinan maka terbina lah ukhwah di antara orang Umno dengan orang Pas. Benteng politik yang cuba nak memisahkan kita antara orang Umno dengan orang Pas, teroboh dengan sendiri bila anak saya dah jadi menantu awak, kelak bila dapat cucu, cucuk saya jadi cucu awak juga.

Saya sebagai insan yang rindu teramat sangat untuk melihat orang melayu bersatu padu, terasa betapa sebahagian besar daripada kita rela diri di perbodohkan oleh mereka2 yang menjadi pemimpin kepada parti politik sokongan kita. Yang Umno lihat Pas sebagai musuh, yang Pas nampak Umno sebagai lawan. Kerana terpengaruh dan taksub kepada momokan pemimpin.

Tapi yang menyedihkan bila kita Umno dan Pas dah tak boleh hendak bersama kita berpakat pula dengan " kawan " untuk memusnahkan " lawan ". Umno akan cari " kawan " untuk menyekat kemaraan Pas yang di anggap " lawan ". Pas juga akan mencari " kawan " untuk membantu nya menjatuh Umno yang mereka anggap " lawan " .

Saya minta kita semua berfikir sejenak, benarkan mereka yang kita anggap " kawan " itu  boleh dibuat kawan masa senang dan masa susah. Begitu juga dengan mereka yang kita anggap " lawan " itu adalah lawan kita yang sebenar.

Hari ini kita sehat walafiat. Tunggu lah bila kita jatuh sakit. Tunggu pula bila kita dah terbujur menjadi mayat. Masa itu baru kita kenal siapa kawan dan siapa lawan.

Saya bukan ahli Umno tapi saya menyokong perjuangan Umno. Dalam penulisan ini saya menggambarkan saya adalah ahli Umno untuk memudahkan anda faham. Orang tak berparti macam saya, hari ini boleh sokong Umno, esok atau lusa tak ada masalah saya nak sokong Pas pula, asalkan perjuangannya menepati apa yang saya mahu.


Tapi sebagai orang melayu, DAP tidak ada dalam senarai saya, begitu dengan PKR.





















1 comment:

  1. `Saya sebagai insan yang rindu teramat sangat untuk melihat orang melayu bersatu padu'.
    Kalimat inilah yang syahdu dan memikat hati saya untuk memberi ulasan apabila menemui blog tuan melalui blog Ketua Pemuda PAS.
    Bagi saya KUASA PERPADUAN MELAYU ada di tangan UMNO kerana kuasa dianugerahkan oleh Allah Taala kepada UMNO.Kenapa UMNO tidak gunakan untuk kemuliaan AGAMA ALLAH?
    Formulanya senang sahaja.BATALKAN SISTEM NEGARA SEKULAR dan ISTIHARKAN UNTUK MEMBENTUK NEGARA ISLAM BALDATUN THOIYYIBATUN.

    Persembahkan kepada KDYMM.Yang Di Pertuan Agung selaku Ketua Negara untuk mendapat restu. Lepas itu adakan muzakarah bersama semua orang Melayu - ulama pemerintah dan ulama parti-parti politik dan para intelektual Islam dan NGO-NGO Melayu mengenai model sebuah negara Islam Moden.Insyaallah, ideanya telah ada.Saya percaya PAS telah memilikinya tetapi sayangnya PAS tidak pernah diberi amanah memerintah negara.

    Idea mengenai bagaimana indah sempurnanya negara Islam Moden BALDATUN THOIYYIBATUN terdapat dalam novel BALDATUN THOIYYIBATUN yang berada di pasaran sekarang. Jika tuan berminat silalah mendapatkannya atau untuk segera memilikinya e-mail kepada:pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com @ HP 0139098135. Harga RM30/ termasuk pos.

    UMNO boleh memulakannya sekarang - sebelum PRU 13 - kerana kuasa di tangan UMNO? Selagi negara Islam tulin BALDATUN THOIYYIBATUN TIDAK DITEGAKKAN, selagi itulah sengketa Melayu tidak akan dapat ditamatkan kerana perbalahan yang berlaku sejak sekian lama adalah antara tuntuan MENEGAKKAN SISTEM AL QURAN DAN SUNNAH NABI saw oleh PAS dengan YANG MAHU MENGEKALKAN SISTEM LIBERAL DEMOKASI SEKULAR yang berasaskan ideologi Zionis Yahudi oleh UMNO.

    Firman Allah Taala:
    ‘dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa’ (Al Anaam:6:153)

    Jalan British/negara sekular yang dipilih UMNO sejak 1957 telah mencerai-beraikan umat Melayu dari jalan takwa sehingga ke tahap yang sangat kritikal sekarang.

    ReplyDelete